Teknik Mudah Post di Facebook Buat Pelanggan Tazabbar Nak Beli.

Reminder kepada sesiapa sahaja yang menjual terutamanya yang menggunakan platform online

Ingat!

Pelanggan tak faham maksud ayat menjual yang kita tulis untuk diorang

segala “shortform” dan ringkasan ayat tu hanya boleh kita pakai untuk team, dan diri sendiri sahaja.

Pelanggan tak akan faham mesej yang cuba kita sampaikan sebab dia tak tahu pun kita ni siapa dan apa yang bermain dalam kepala otak kita.

Tapi kita sebagai peniaga WAJIB tahu apa yang ada dalam kepala otak pelanggan dan cara penulisan, ayat macam mana yang boleh buat seseorang pelanggan itu beli

– Sebab itu pentingnya untuk kita tahu kepada siapa kita menjual

– Sebab itu produk/servis kita jual ni bukan untuk semua orang.

– Sebab itu kalau boleh target untuk jual kepada seorang sahaja, so kita boleh anggap macam tengah sembang dengan seseorang tu.

“Cara senang faham Sekali sekala pastikan buat research tengok macam orang lain yang jual produk yang sama macam kita tapi dapat banyak sale”

SOALAN LAZIM

1) Tak perlu formal kan bila post kat facebook?

–> bergantung kepada pelanggan awak ..dia engineer yang memang pakai bahasa buku bila bercakap ke atau makcik yang suka gosip and selesa cakap bahasa pasar.

2) Shortfrom ni kenapa pulak tak boleh?

–> Bukan tak boleh, tapi kena make sure pelanggan awak tu faham la apa “shortform” apa yang awak maksudkan …

3) Nak Panjang ke Pendek bila post?

–> Masih bergantung kepada jenis produk dan siapa pelanggan awak…benda ni best kalau kita test sendiri buat macam-macam jenis dan tengok yang mana lagi banyak dapat sale.

okay saya letak 3 ja… kalau ade soalan lagi boleh tanya di ruang komen.

Alright, boleh komen dan share tak kalau belajar sesuatu dari post ni ?

(Visited 14 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *