Kanap Kita Wajib Kenal Produk Yang Kita Jual Luar Dan Dalam

“Product Knowledge”


semua dah familiar dengan istilah ni kan ?

Untuk anda yang belum faham apa maksud sebenar “Product Knowledge” dan kenapa ianya sangat penting untuk setiap bisnes kita boleh cuba baca apa yang saya bebelkan dibawah.

7 daripada 10 Peniaga baru yang saya jumpa baru-baru ini tidak betul-betul faham dan kenal produk yang mereka jual dengan sebetulnya.

mereka lebih taksub untuk dapatkan jualan sampai mereka tak tahu pun

– Apa kelebihan sebenar produk mereka
– Apa kelemahan produk mereka


INI KESILAPAN BESAR TAU

Macam mana boleh kita jual barang yang kita sendiri pun tak betul2 kenal ?

Macam mana kita nak “convince” orang suruh beli produk kita ?

So bila kita tak kenal produk kita jual akan mulalah

– kita memaksa orang untuk beli
– kita asyik iklankan untuk menjual, jual dan jual

Pernah Sekali Saya PM Seorang Hamba Allah ni untuk beli “QURAN DIGITAL” buat Mak saya!!

dan sebagai pelanggan, saya tanya la soalan-soalan untuk saya pastikan Mak saya betul2 faham cara penggunaan alat itu

dan dia cakap : ” Nanti Mak bro boleh cuba godek-godek sendiri bila dah beli..senang je ”

!@#$%%

Termencarut jugak la dalam hati waktu tu !!

Apa Boleh Buat Untuk Kenal Produk Kita Jual

Banyak pendapat yang saya dapat bagi mengenali produk kita sendiri, korang boleh tengok mana yang sesuai.

1) The best is beli dan cuba sendiri produk tu so korang sendiri berpuas hati dan dapat kongsikan kepuasan korang memakai produk tu ( baru real )

2)Buat kajian pasal produk tersebut

Contoh : kalau produk kecantikan apa ramuan dia dan setiap ramuan itu …apa kelebihan yang boleh pengguna dapat )

3) Tengok Penjual lain yang jual dan apa strategi dan cara penjelasan yang diorang pakai bila beriklan buat pelanggan (benchmarking)

ha ada banyak lagi ,,,tapi 3 ni pun dah cukup untuk permulaan bagi korang faham akan produk yang korang jual tu.

INGAT : “Kita Buat Bisnes Untuk Bantu Orang Selesaikan Masalah Ataupun Memudahkan Kehidupan Mereka,” —> Bukan hanya untuk buat duit

Bila mindset kita berubah untuk bantu orang, percayalah pasti kita akan cuba untuk betul-betul faham apa yang kita jual so bila kita terangkan dekat pelanggan, mereka akan lebih selesa dan konfiden untuk beli!

Okay, saya harap sangat kalau korang belajar sesuatu, boleh komen “another one” tak ..

PS: share la bagi orang lain yang masih tak faham pasal “product Knowledge” ini berniaga dengan betul. Wallahualam

(Visited 15 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *