Jika Anda Serius Mahu Pikat Pelanggan, Tolong Baca No. 2 dan 3

Banyak cara yang kita gunakan dalam proses untuk mencari apa yang mujarab sewaktu berurusan dengan pelanggan, baca perkongsian yang dipetik dari penulis hebat yang saya lupa namanya.

1) Headline memukau


– Banyak kali rasanya kita ditekankan mengenai kuasa headline, Headline yang power sangat diperlukan untuk menggoda pelanggan tekan butang ” read more” untuk mengetahui apa yang kita tulis seterusnya .

PS: Senaraikan sekurang-kurangnya 10 headline untuk 1 artikel dan tapiskan sehingga satu dan pastikan yang satu itu adalah yang terbaik.

2) Teknik penulisan yang hebat

– terdapat banyak ‘ style ‘ atau jenis penulisan yang boleh kita terapkan dalam penulisan kita.

–> Konsep storytelling ( penulisan yang berkonsepkan perceritaan )
–> Konsep formal ( penulisan yang menggunakan ayat-ayat formal )
–> Konsep menu makanan ( Ringkas dan banyak menggunaka poin form )
dan banyak lagi yang pastinya kita semua sudah biasa lihat diluar sana..

Apa yang cuba disampaikan disini ialah kita seharusnya mencari identiti penulisan kita agar kita lebih selesa untuk menulis dan semestinya mengikut kepada keselesaan pelanggan kita sendiri.

nak belajar cara penulisan sebijik macam yang kami praktikkan ketika menjual ?
sini –> http://www.muhaiminmohammad.com/fundamental/

3) Penstrukturan yang bagus

– Hampir setiap perkara yang hampir dengan kita sebenarnya mempunyai struktur yang bagus

Contohnya bola sepak: pasti ada formasi yang dipakai bagi memastikan pasukan itu kuat dan dapat menyerang dan bertahan dengan kuat dengan struktur formasi yang betul.

Begitu juga dengan penulisan, pastikan kita meletakkan struktur format penulisan yang betul contohnyna seperti:

–> menyediakan rangka untuk penulisan
–> format yang bermula dari tajuk dan diakhiri dengan CTA ( contohnya)
–> sediakan bullet poin untuk poin yang ringkas.

4) Berkonsepkan Pengajaran

Rata-rata manusia didunia ini memang suka kalau diajar dan ditunjukkan cara untuk melakukan sesuatu.
Kebanyakkan peniaga terutamanya peniaga online selalunya sibuk untuk membuat kajian dan belajar mengenai sesuatu perkara yang mereka semetinya tahu.

Disinilah peranan yang penting untuk kita ambil dengan menunjukkan mereka cara yang betul untuk melakukan sesuatu.

5) Perkongsian yang Penuh dengan Maklumat


“Audience development is part ad parcel of content marketing. and its simply not enough to put 1 percent of your effort there. You must create content with your audience and action in mind”. – Jeff Rohrs

Poin nya disini ialah cuba pastikan maklumat yang kita ingin kongsikan sangat berguna untuk pelanggan, letak fakta yang jelas untuk buktikan apa yang kita tulis ini benar dan boleh dipercayai.

contohnya cuba lihat fakta menarik ini:

“Di penghujung tahun 2011, jumlah bilangan gambar yang telah diupload kedalam facebook mencecah 250 milion setiap hari” – Jeff Bullas

PS: Boleh share perkongsian ini jika berguna

(Visited 6 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *