Belajar jual produk orang lain dulu baru pikiaq untuk ada produk sendiri

Belajar jual produk orang lain dulu baru pikiaq untuk ada produk sendiri.

dah lebih 10 orang saya jumpa dua tiga bulan ni cakap nak keluar produk sendiri.

pastikan kita ada ilmu menjual dulu sebelum nak pikir pasal ada produk sendiri

ingat senang ka nak ada produk sendiri.

bila dah ada produk sendiri, bukan menjual ja masalah yang kita akan hadapi, kita kena hadapi


– proses production produk
– postage
– marketing
– promote jenama

dan banyak lagi la untuk bagi produk kita terjual dan ianya akan mengambil yang agak memerlukan belanja dan tahap kesabaran yang tinggi.

sanggup ke nak hadapi semua ni terus ?

saranan saya jual dulu produk orang.

belajar cara pikat hati pelanggan

belajar cara faham behavior kenapa pelanggan membeli

belajar cara convince pelanggan untuk beli produk kita lepas dah pm

belajar cara follow up balek pelanggan yang dah senyap bila pita pm

belajar strategi macam nak buat marketing yang pelbagai (bukan satu jenis je)

dan ada banyak lagi yang perlu kita matangkan diri sebelum pikir untuk ada produk sendiri.


ramai ja orang yang jual produk orang lain jadi jutawan yang saya dah jumpa.

bukan tak boleh, tapi pastikan kita ada ilmu yang cukup dulu baru la best nak build up strategi bila ada produk sendiri nanti.

kalau hampa boleh come out dengan 6 month planning, 12 month planning dan 2 years planning sebelum launch produk tu ..and solid planning

boleh teruskan.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *